Saturday, August 22, 2009

DAP yakin Salleh Man akan menang


PERMATANG PAUH, 22 Ogos : Pilihan raya kecil (PRK) Dun Permatang Pasir kali ini dilihat mendapat sokongan padu daripada komponen Pakatan Rakyat yang meletakkan PAS sebagai calon dalam PRK tersebut.

Bermula daripada pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Pakatan Rakyat yang diadakan di Kampung Pelet baru-baru ini, gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon PAS dipergiatkan sehinggalah ke hari pengundian.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng telah mengetuai kumpulan ahli-ahli DAP bagi meraih undi daripada 25 peratus pengundi kaum Cina.

Menurut beliau lagi risalah dan bahan bacaan yang diedarkan kepada penduduk setempat adalah bagi memberi maklumat terkini mengenai calon PAS dan juga mengenai agenda pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang.

"Apabila kita turun padang maka kita akan tahu bahawa sokongan daripada penduduk khususnya bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat adalah menggalakkan.Saya juga yakin dengan cara ini ia dapat menangkis tuduhan dan dakwaan yang negatif daripada Barisan Nasional dalam memenangi pilihan raya ini.

"Saya yakin calon kita akan menang dan dapat mempertahankan kerusi yang sedia ada. Namun begitu usaha akan kita lipatgandakan bagi memastikan bahawa calon daripada PAS menjadi pilihan kepada pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir kali ini," katanya.

sumber dari siasah

SPR tiada kuasa nasihat masalah dalaman parti



SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berkuasa untuk menasihatkan sesebuah parti yang mempunyai masalah dalaman sehingga menyebabkan berlakunya kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Menurutnya, jika peraturan menetapkan kekosongan berlaku di kawasan tertentu, sama ada melalui peletakan jawatan, kematian atau masalah-masalah berkaitan, tugas SPR menentukan agar pilihan raya tersebut berjalan dengan baik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“SPR tidak mempunyai kuasa untuk menentukan berapa banyak pilihan raya yang akan berlaku masa depan, jika ada kekosongan berlaku mengikut undang-undang, SPR akan tetap melaksanakannya tugas mengurus pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai senario kebelakangan ini yang menunjukkan terdapat banyak pilihan raya kecil diadakan berikutan wujudnya masalah peribadi dan dalaman parti terbabit sehingga kerusi yang disandang terpaksa dikosongkan.

Sebelum ini tiga pilihan raya kecil melibatkan kerusi Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti terpaksa diadakan berikutan peletakan jawatan kerusi penyandangnya.

Terbaru, kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah yang disandang oleh Datuk Abu Hasan Sarif dari Barisan Nasional (BN) dalam proses kajian SPR sama ada beliau hilang keanggotaan berikutan gagal menghadiri dua kali persida- ngan DUN tanpa kebenaran Speaker.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, parti berkenaan mempunyai badan disiplin sendiri untuk menentukan kewajaran keputusan anggota parti yang berhasrat untuk meletakkan jawatan.

Katanya, pihaknya kini dalam proses kajian mendalam untuk menentukan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan penyandangnya gagal menghadiri dua kali persidangan DUN.

Katanya, proses tersebut melibatkan beberapa pihak termasuk pejabat Penasihat Undang-undang SPR.

“Buat sementara ini, SPR memberi tumpuan pilihan raya Permatang Pasir, lepas baru kita umumkan statusnya," katanya.

source from sinar harian

Friday, August 21, 2009

pilihan raya pematang pasir

pilihan raya semakin dekat ada saj berita yang mengaibkan calon inilah nama pilihan raya kecil di malaysia.pemerintah menggunakan media arus perdana dan pembangkang guna media altenatif untuk menyerang balas. so dimanakah matang dalam demokrasi di malaysia.setiap parti bukan nak uar kan masalah rakyat tapi uar tentang peribadi calon ,memang peribadi calon penting untuk melihat cara berkerja mereka.

belajar di uitm

pembelajaran di uitm banyak meningkat penguasaan bahasa inggeris ku ke tahap yang lebih baik dari di sekolah menengah .belajar di uitm juga telah mengajar aku tentang kejujuran dalam menjawap test dan kuiz adalah berbeza dengan di sekolah